Hanya arah AI siapkan untuk anda. Tak perlu coding yang memeningkan dan tiada caj designer beribu RM. Kini anda mampu bina website yang convert bertubi-tubi dan jana jualan secara automatik!
Ramai usahawan ingat, buat video TikTok viral, FB Ads kencang... dah boleh goyang kaki. Sembang!
Realitinya? Kalau anda suruh customer "PM Tepi" atau klik link WhatsApp, anda dah hilang 50% bakal pembeli yang malas nak berborak. Tambah pula kena manual check bank-in slip waktu tengah malam buta. Silap hari bulan, kena scam dengan resit edit.
Kajian (dan logik akal) menunjukkan, mempunyai Sales Page yang convert adalah ibarat mengupah jurujual pakar yang bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tak minta cuti sakit, tak minta OT. Paling best? Kos operasi sangat-sangat murah berbanding gajikan pekerja.
Ini bukan kelas motivasi suruh anda jerit "Saya Jutawan!" depan cermin. Ini kelas teknikal berpandu. Setiap kelas ada satu output spesifik. Boleh pilih nak join satu kelas, atau sapu bersih semua sekali.
Asyik kena buka Maybank2u tiap kali customer mesej "Saya dah bayar sis"? Customer lari sebab lambat reply nombor akaun. Belum campur sakit hati kena tipu dengan resit transfer palsu yang diedit guna Canva.
Bayangkan customer masuk website, klik butang beli, pilih bank (FPX), dan bayar. Duit terus masuk ke akaun syarikat anda secara automatik. Anda cuma dapat notifikasi "Cha-Ching!" dekat phone sambil hirup kopi.
Dalam sesi ini, kita akan setup akaun payment gateway khas untuk SME Malaysia. Kami ajar cara daftar, verify, dan hubungkan link bayaran tanpa perlu pening kepala pasal coding.
Nak ada website sendiri tapi rasa diri tu 'buta IT'. Pergi tanya agensi luar, dorang caj sampai RM5,000 untuk satu landing page simple. Akhirnya, anda terus menyewa di platform orang lain yang bila-bila masa boleh 'shadowban' akaun anda.
Tapi bagaimana kalau anda ada satu Sales Page yang nampak super premium? Siap ada integrasi sistem penghantaran untuk cetak waybill. Orang masuk page terus rasa percaya dan rasa selamat nak tekan butang 'Beli Sekarang'.
Kami akan dedahkan "Cara buat Sales Page guna AI". Dari kosong, kita bina struktur halaman jualan produk fizikal anda sampai siap dengan sistem penghantaran.
Selalu tengok skrin kosong berjam-jam fikir nak tulis apa. Bila tulis, ayat macam budak sekolah. Sudahnya, copy-paste ayat pesaing tapi tetap takde siapa nak beli sebab takde 'jiwa'. Nak upah copywriter? Mahal der!
Sekarang bayangkan anda mampu hasilkan berpuluh-puluh versi ayat jualan yang memukau emosi pembeli dalam masa kurang 5 minit. Website anda ada elemen web custom yang unik, buat pesaing garu kepala fikir siapa web developer anda.
Sesi ini bongkarkan rahsia "Web Content AI untuk jualan lebat". Kita akan praktis 'Prompting' AI secara real-time untuk buat ayat 'Hard-Sell' dan generate custom HTML/CSS untuk serikan page anda.
Penat gila jadi 'One Man Show'. Anda yang buat marketing, anda yang packing, anda yang layan customer. Nak ambil ejen, tapi sistem manual berterabur. Hujung bulan gaduh dengan ejen sebab salah kira komisen.
Fikirkan satu situasi di mana anda ada berpuluh (atau beratus) ejen affiliate di seluruh Malaysia yang setiap hari tolong promosikan link produk anda. Sistem automatik track siapa jual, dan komisen dikira tanpa anda perlu picit kalkulator.
Kita akan setup "Sistem Affiliate Terpadu" yang tersusun. Anda akan belajar cara urus dashboard affiliate dan gunakan blaster untuk cari dan rekrut ejen-ejen yang berkualiti untuk kembangkan bisnes anda.
Daripada carian rawak pelanggan di media sosial hinggalah proses pembayaran dan urusan agen (affiliate), semuanya berlaku secara automatik. Anda cuma perlu tengok dashboard jualan masuk.
Ini adalah contoh Sales Page berprestasi tinggi yang anda bakal belajar bina dalam siri kelas ini. Tekan gambar di bawah untuk rasai sendiri pengalaman sebagai pembeli.
Usahawan Dilatih
Tahun Pengalaman
Beliau bukan 'scammer' jual air liur yang baru belajar marketing semalam. Youmeden adalah Digital Marketing Professional yang diiktiraf dari Ireland dan merupakan Master Trainer bertauliah (HRDC & MDEC eUsahawan).
Mempunyai latar belakang B.Eng dalam Control System Engineering dari Shimane University, Jepun, beliau menggabungkan pemikiran taktikal kejuruteraan dengan kehebatan Generative AI dalam pemasaran.
Sejak 2015, beliau dah bantu latih lebih 45,000 usahawan, dari startup di bandar mewah sehinggalah ke hustler di luar bandar, untuk buat duit dalam ekonomi digital. Kepakaran utama beliau? Mengubah sistem yang renyah menjadi satu ekosistem jualan prestasi tinggi yang mudah dan berkesan.